Saturday, December 31, 2011

AZAM DAN TAHUN BARU 2012


     Assalamualaikum dan salam tahun baru buat semua pembaca blog ambransailudin.blogspot.com . Berbicara mengenai tahun baru, pastinya ramai orang di luar sana sedang sibuk dan rancak dalam memasang azam dan niat baru untuk dicapai pada tahun hadapan. Diharapkan semoga azam yang belum tercapai pada tahun 2011 dapat terlaksana pada tahun hadapan. InsyaAllah.
     
    Apabila berbicara mengenai azam, pastinya semuanya mahukan hal yang menarik seperti memperoleh gaji besar, berjaya dalam pelajaran, naik pangkat, dan sebagainya. Namun, seringkali kita terlepas pandang akan azam yang kita tanamkan di dalam diri kita itu lebih menjurus ke arah keduniaan dan tidak untuk lebih menjurus ke arah memupuk keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

      Sepertimana yang dikatakan oleh Saidina Umar r.a :

         " Celaka lah bagi orang muslim yang hari ini lebih buruk dari semalam "

    Hal yang disebutkan di atas juga dapat menjadi dasar kenapa dan mengapa kita perlu memasang azam agar segala tindakan kita pada hari ini dan hari akan datang akan menjadi lebih baik. InsyaAllah.
     Dalam surah Ali Imran, ayat 159 ada menyatakan bahawa :
   " MAKA APABILA KAMU BERAZAM, MAKA BERTAWAKKAL LAH KAMU KEPADA ALLAH S.W.T, SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T MENGASIHI ORANG-ORANG YANG BERTAWAKKAL KEPADA-NYA "

  Semoga potongan ayat di atas dapat menjadi pedoman dan pegangan kepada kita agar setiap apa yang kita idamkan dan hajatkan sentiasa berlandaskan syariat dan hanyalah bergantung harap kepada Allah s.w.t sahaja, kerana hanya Allah s.w.t sahajalah yang dapat membantu kita dalam melaksanakan segala perkara di atas muka bumi ini.
   Akhirnya, semoga tahun baru 2012 masihi ini dapat menjadi kan kita insan yang lebih berjaya dan dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t di samping dapat meningkatkan keimanan kepada-Nya. Wallahu a'lam
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1x4DfNkvE