Assalamualaikum dan selamat tengah hari korang. Entah dah berapa kurun lamanya aku tak update sebarang entri kat belog ni. Jari jemari semakin kaku nampaknya. Hikhokhikhikhihok.
Korang tengok tak tajuk entry aku kat atas tu. Memang motif kan. Hahaha. Takdok lah. Hari ni aku nak buat entry yang panjang sikit dari biasa. Ala, panjang siiiiikit je pun. Janganlah korang dah mula buat muka monyok a.k.a bunkface cam tu.hahahha. OK, kembali ke jalan yang benar berkaitan tajuk entry. Nak di pendekkan cerita, tiket dah aku beli siap-siap pada bulan ogos 2013 dan aku dah fly to kolumpo pada 1 disember hari tu. Memang penat juga lah. Sebab hari tu first time aku menjejakkan kaki kat kolumpo lagi setelah kali terakhir pada tahun 2008.
Yalah, mana taknya. Aku hanya menerima arahan dari sms je dari cikgu aku. Sampai je LCCT KL dah pukul 6.30 petang dan kena berkejar naik bas ke Terminal Bandar Selatan (TBS). Canggih gila stesen ni. LCCT pun tak macam tu taw korang. Lepas satu jam setengah sampailah aku di TBS. Then, cegu aku sms lagi untuk aku solat maghrib dulu sebab dah masuk waktu. Then, perjalanan aku teruskan dengan menaiki komuter ke Serdang Selangor. Then, naik teksi lagi ke Universiti Putra Malaysia (UPM). Universiti impian kedua selepas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ya Allah, harapnya dapat masuk ke U tu nanti. Amin. Doakan aku ya.
Alhamdulillah, aku dah kat UPM dah sekarang. Keng kawan aku sangka aku dah jadi mahasiswa kat sana. Hahaha. Belum lah. Aku stay dengan dua orang cikgu aku yang berjaya sambung pengajian peringkat sarjana di sana. Best jugalah dapat cikgu yang rapat n kamcing habis. Dengan family dorang pun aku rapat ok. Siap dapat bilik kat umah dorang lagi. Hehehehe. Alhamdulillah.
Haaa. korang layan gambar dulu lah ya. 2 gambar je...habis aku cat bilik baru aku sambung update entry lagi.
Ok. Abaikan je gambar ini. Hahahaha.
p/s: tengok, entry aku pendek je pun. Tak larat kot aku nak taip panjang-panjang.
K bai !
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1x4DfNkvE