Wednesday, June 6, 2012

SAHABAT : Ada Adab Memilihnya

    Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog ini.

   "SAHABAT, KAWAN, TEMAN "......panggil lah apa sahaja, namun fungsinya tetap sama iaitu untuk menjadi seorang pendamping yang mungkin menjadi tempat perkongsian kisah suka, duka, riang, mahupun tempat untuk kita menghabiskan masa lapang sambil berbual dan berjenaka bersamanya.

   
     Pastinya tanpa seorang "SAHABAT" kehidupan seseorang itu pastinya akan sunyi walaupun mereka juga mempunyai keluarga sendiri untuk berkongsi cerita dan kasih sayang. Namun, harus di ingat, dalam kita memilih "SAHABAT" itu ada cara dan syaratnya agar kita tidak terpesong dari landasan yang sepatutnya. Berikut saya senaraikan 3 syarat asas dalam kita memilih "SAHABAT", iaitu :

  1. BERAKAL, kerana tiada kebaikan berkawan dengan orang dungu atau bodoh (jahil), bahkan mungkin akan membahayakan kita kelak.
  2. BERAKHLAK MULIA. Berkawan dengan orang yang berakhlak buruk dan keji akan menyebabkan kita terpengaruh dan mengikut tingkah lakunya.
  3. BERTAQWA. Orang yang tiada perasaan 'khasyiatullah' (takutkan Allah) dalam dirinya, akan berani melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Oleh itu, kita tidak akan aman daripada perbuatan jahat dan gangguannya.
ADAB-ADAB BERSAHABAT.

1. Memberi salam dan bersalaman apabila berteme dengan sahabat.

2. Mendoakan sahabat apabila dia bersin, dan sahabat yang bersin itu hendaklah membalas doa tersebut.

3. Menziarahi sahabat seandainya dia sakit. Ketika menziarahi, doakanlah sahabat itu agar dia segera sembuh dan elakkan dari menziarahinya terlalu lama. Dibimbangi mengganggu sahabat yang sakit itu.

4. Melaksanakan janji selagi janji itu tidak bertentangan dengan syariat Islam.

5. Melakukan perkara yang di sukai sahabat.

6. Sentiasa menolong sahabat sekiranya dia berada di dalam kesusahan.

7. Tidak melakukan sesuatu yang tidak disukai dan menyakiti hati sahabat.

8. Menghormati sahabat dan tidak membangga diri terhadapnya.

9. Tidak meninggalkan atau memulaukannya lebih dari tiga hari. Sekiranya ada masalah dan saling bermasam muka, cara yang terbaik adalah saling bermaaf-maafan. Orang yang memulakan pergaduhan itu hendaklah meminta maaf terlebih dahulu.

10. Tidak boleh mengumpat, menghina, atau memperkecil-kecilkan sahabat.


11.Tidak berperasaan hasad dengki dan iri hati dengan sahabat anda.

12. Melunaskan hutang kepadanya dengan kadar segera sekiranya ada.

13. Memuliakan sahabat yang lebih tua dan mengasihi sahabat yang lebih kecil.

14. Sekiranya sahabat anda berbuat kebaikan, berilah sesuatu ganjaran kepadanya dan setimpal. Paling kurang, ucapkanlah terima kasih kepadanya atau mendoakan kebaikan untuknya.




   SEMOGA ANDA MENDAPAT KEBAIKAN DARI ENTRI KALI DAN SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBERIKAN KITA PANDUAN KHUSUSNYA DALAM MENCARI SAHABAT YANG BOLEH MEMBAWA KITA HINGGA KE SYURGA.. SELAMAT BERAMAL !

ILAL LIQA'
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1x4DfNkvE