Thursday, December 29, 2011

PEMUDA

   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepda pembaca blog ini. Hari ini kita akan berbicara mengenai PEMUDA. Sememangnya Pemuda merupakan aset yang amat berharga kepada sesebuah negara. Oleh yang demikian, sekiranya anda merupakan seorang PEMUDA, pastikan diri anda juga berharga kepada orang disekililing anda.
 
  Perkara berkaitan PEMUDA yang ingin saya kongsikan ini adalah berkaitan apa yang telah saya perolehi semasa menghadiri satu sesi kuliah subuh di sebuah masjid.


   Sebagaimana yang digambarkan di dalam Surah Kahfi iaitu:

     " PEMUDA GUA MEMPUNYAI SATU KEISTIMEWAAN YAKNI MEMPERTAHANKAN KEBENARAN  YANG KELUAR DARI BERTUHANKAN MAHKLUK KEPADA BERTUHANKAN ALLAH S.W.T "

   Dan sebagaimana juga keistimewaan golongan pemuda yang disebutkan di dalam hadis Rasulullah S.A.W yakni :

       " AKU LEBIH SUKAI PEMUDA KERANA MEREKA ADALAH GOLONGAN YANG LEBIH MENGIKUTI AGAMAKU BERBANDING GOLONGAN DEWASA '

  Sememangnya amat jelas betapa sebenarnya seorang pemuda itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan adalah menjadi tanggunjawab kepada mereka untuk memanfaatkan keistimewaan itu.


   Sekiranya kita melihat akan sejarah Kota Konstantinopel yang juga di kuasai oleh seorang pemuda iaitu Sultan Muhammad Al Fateh yang mampu memimpin kota tersebut walaupun hanya dalam seusia setahun jagung setampuk pinang.


    Kota Palestin contohnya, pernah ditawan suatu ketika dahulu oleh orang yang hebat iaitu Saidina Umar yang telah memasuki Kota Palestin tanpa setitis darah sekalipun.

      Selain itu, Salahuddin Al Ayubi juga membuka semula Kota Palestin setelah di tawan oleh Yahudi.

     Sesungguhnya, sebagai pemuda, sentiasalah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t...

     ASSALAMUALAIKUM !


Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1x4DfNkvE