Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.
Dalam entri kali ini saya akan membicarakan hal mengenai tempat-tempat yang tidak digalakkan menunaikan solat. Antara tempat tersebut ialah :
- Tempat pembuangan najis, tempat pembuangan sampah.
- Tempat penyembelihan binatang bagi mengelakkan najis dan percikan darah haiwan yang disembelih
- Kawasan tanah perkuburan. Hal ini bagi mengelakkan kita bersembahyang seolah-olah menghadap ke arah kubur.
- Di tengah-tengah jalan raya. Hal ini bagi hati orang yang sedang melakukan ibadah akan sentiasa risau atau sibuk akan orang yang sedang lalu lalang dan kenderaan.
- Bilik air atau tandas kerana tempat ini merupakan tempat penyembunyian syaitan
- Tempat perteduhan binatang kerana tempat ini akan dicemari bau dan najis binatang.
- Di atas ka'bah,tetapi solat di dalam ka'bah boleh dan apabila kita bersolat di dalam ka'bah, kita hanya menghadap ke mana-mana arah sahaja.
Sekian. Wassalam...
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1x4DfNkvE