Sunday, June 3, 2012

Rindu Nak Berdebat

  Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan orng yg menyinggah ke blog ni. Macam lama sgt dah rasanya aq tak update something to story.

   Ok, perkara di atas adalah dirujuk. (macam ayat buat surat rasmi)..haha...benda yang aq nak story dalam entri ini ialah gmbar-gambar aq ikut pertandingan debat time skola dulu...rindu plak nak berhujah mcm YB kat palimen,,,

PASUKAN DEBAT SMK KUHARA vs SMK TAWAU
 Gambar yang kat atas tu ,gmbar sblum persidangan berlangsung, SMK KUHARA vs SMK TAWAU....HAHHA...yang paling lucu , lelaki yang kat tengah tu ialah anak pengetua kami..hahah...aq rasa time tu msti pengetua kmi keliru nak sokong yang mana satu...tapi kami tak pernah plak ditakdirkan untuk berdebat dngan team ni..
 
bersama pengetua, Pn Fitriani Wahid
mendengar hujah pihak lawan


Aku berhujah..ntah apa aku merepek time tu.
...kalau di fikir fikir, aku memang kejam time brdebat,,nak jak bnda yang aku nak bntah tngtan apa yang pihak lawan cakap..hahha..dh ada bdebat kan...aku nak buat apa..kalau tak, kalah lh pasukan debat aku...hahahah....bila lah dapat bedebat lagi ya..bnyak sbenarnya faedah ikt debat ni..dan sangat membntu dalam subjek Bm dan dapat mnambah pngetahuan aq sbb selalu cri fakta kes atau bahan bukti ..(walaupun sbnarnya, menipu pun bnyak)..hahhaa..

peringkat tenggara
ha...yang tu plak time sblum ptndingan di peringkat tenggara..dan alhamdulillah menang juga kat situ...kmi kalah kat peringkat negeri,,d sparuh akhir...aduhhh...masih frusst smpai hari ni..hahahahah....

...bha bha...aku rasa smpai sini jak lh aq update...nak p men badminton dlu ni ngan budak budak nasyid aku...hahaha....entri akan datang aku crita pasal nasyid plak...

p/s : aku dah masuk form 6 dh..aliran sains tulen...tngah usaha tukar aliran p sejarah..nak jadi lawyer..doakan ya :)
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1x4DfNkvE

Tuesday, February 14, 2012

TEMPAT-TEMPAT TIDAK DIGALAKKAN SEMBAHYANG !

   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.

       Dalam entri kali ini saya akan membicarakan hal mengenai tempat-tempat yang tidak digalakkan menunaikan solat. Antara tempat tersebut ialah :

  1. Tempat pembuangan najis, tempat pembuangan sampah.
  2. Tempat penyembelihan binatang bagi mengelakkan najis dan percikan darah haiwan yang disembelih
  3. Kawasan tanah perkuburan. Hal ini bagi mengelakkan kita bersembahyang seolah-olah menghadap ke arah kubur.
  4. Di tengah-tengah jalan raya. Hal ini bagi hati orang yang sedang melakukan ibadah akan sentiasa risau atau sibuk akan orang yang sedang lalu lalang dan kenderaan.
  5. Bilik air atau tandas kerana tempat ini merupakan tempat penyembunyian syaitan
  6. Tempat perteduhan binatang kerana tempat ini akan dicemari bau dan najis binatang.
  7. Di atas ka'bah,tetapi solat di dalam ka'bah boleh dan apabila kita bersolat di dalam ka'bah, kita hanya menghadap ke mana-mana arah sahaja.
Sekian. Wassalam...
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1x4DfNkvE

JANGAN KAMU BERSIKAP SOMBONG !

   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog mbransailudin.blogspot.com. Sudah lama kiranya saya tidak menulis apa-apa untuk santapan pembaca sekalian. Baiklah, terus kepada topik yang akan saya bicarakan pada hari ini iaitu sikap "SOMBONG". Seringkali kita tidak menyedari bahawa di dalam diri kita ini terdapat rasa sombong terhadap apa yang ada dipersekitaran kita. Kita hanya sibuk mengata dan mencaci sikap sombong yang terdapat pada orang lain. Namun, rasa sombong itu sebernarnya lebih besar ada di dalam diri kita. Astagfirullah al azim.



        Sifat sombong atau takabbur boleh dibahagikan kepada dua bahagian;
  1. Takabbur Zahir dan;
  2. Takabbur Batin.

       Takabbur atau sombong zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam menghina orang yang dianggap level-nya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan releven sepanjang masa, serta tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat yang baik. 
     
 Imam Al Ghazali berkata di dalam kitab Ihya'-nya,berkata:
 "Orang yang takabbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya (tidak beradab) keras dan kasar".
    
     Takabbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya. Oleh kerana itu, sifat mazmumah ini adalah sifat yang paling bahaya jika ia dimiliki oleh manusia, kerana sifat ini merupakan sifat warisan Iblis yang akhirnya menempah neraka buat selama-lamanya. 
       Berikut saya sertakan dalil yang berkaitan dengan sikap sombong atau takkabbur :

  1. “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. “ (QS. Luqman:18)
  2. “Wahai manusia kalian semua fakir sangat membutuhkan Allah sedangkan Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (al-Fathir: 15)
  3. “Turunlah engkau dari surga karena tidak pantas engkau berlaku sombong di dalamnya. Keluarlah! Sesungguhnya engkau termasuk orang yang hina.”(QS.al-A’raf: 13)
  4. Kesombongan Qorun: “Harta ini aku dapatkan karena ilmuku.”(QS.al-Qashash: 78)
  5. ” Kebesaran adalah pakaian-Nya dan kesombongan adalah selendang-Nya. (Allah Ta’ala berfirman): Barang siapa menyaingi Aku pada keduanya pasti Aku azab ia.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah ra)
  6. “Tidak masuk surga orang yang di dalam hatinya ada kesombongan meski sebutir atom.” (HR. Muslim dari Abdullah bin Mas’ud ra)
  7. Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw,” Seseorang itu tentu senang kalau pakaiannya bagus dan sandalnya pun indah. Apakah itu sombong?” Beliau saw menjawab pertanyaan tersebut dan menerangkan hakikat sombong,” Allah itu Maha Indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran (bathru al-Haq) dan merendahkan orang lain (ghamtu al-Nâs).
    “Maha suci Dia pemilik keperkasaan, kekuasaan, kebesaran dan keagungan.” (HR.Abu Dawud dari ‘Auf bin Malik al-Asyja’i ra)
  8. Dari Haritsah bin Wahb ra berkata: “Saya mendengar Nabi Muhammad saw bersabda, “Maukah kamu sekalian aku beritahu tentang ahli neraka? Yaitu setiap orang yang kejam, rakus, dan sombong.” (HR. Bukhari dan Muslim)
  9. Dari Abu Hurairah ra bahwasannya Nabi Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya pada hari kiamat nanti Allah tidak akan melihat orang yang menurunkan kainnya di bawah mata kaki karena sombong.” (HR Bukhari dan Muslim)
  10. Dari Abu Hurairah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: “Ada tiga kelompok orang yang nanti pada hari kiamat Allh tidak akan berbicara dengan mereka, Allah tidak akan membersihkan (mengampuni dosa) mereka, dan Allah tidak akan memandang mereka, serta mereka akan disiksa dengan siksaan yang pedih, yaitu: orang tua yang berzina, raja (penguasa) yang suka bohong, dan orang miskin yang sombong.” (HR. Muslim)


      Namun, terdapat satu jenis sombong yang sangat merbahaya sekiranya terdapat di dalam diri kita  iaitu apabila kita " SOMBONG DENGAN ALLAH S.W.T " yang merupakan pencipta dan pemberi nikmat kepada sekalian alam. Dalam keadaan sedar atau tidak, kita sebenarnya telah sombong dengan Allah s.w.t. Tidak mahu menunaikan solat 5 waktu, tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakan-Nya, mempertikai kekuasaan-Nya, tidak mengikuti segala perintah dan larangan Allah s.w.t merupakan contoh yang menunjukkan bahawa kita sebenarnya sombong terhadap Allah yang Maha Esa. Mudah-mudahan kita terhindar daripada segala sikap tersebut.

      Jangan risau wahai pembaca sekalian, sesungguhnya segala masalah yang berlaku itu sebenarnya boleh diperbetulkan. Begitulah juga halnya dengan sikap yang kian membelenggu kita iaitu sikap "SOMBONG".

       Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya. Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.


     Semoga perkongsian pada kali ini dapat mendatangkan manfaat kepada kita semua. Wassalam.
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1x4DfNkvE

Saturday, December 31, 2011

AZAM DAN TAHUN BARU 2012


     Assalamualaikum dan salam tahun baru buat semua pembaca blog ambransailudin.blogspot.com . Berbicara mengenai tahun baru, pastinya ramai orang di luar sana sedang sibuk dan rancak dalam memasang azam dan niat baru untuk dicapai pada tahun hadapan. Diharapkan semoga azam yang belum tercapai pada tahun 2011 dapat terlaksana pada tahun hadapan. InsyaAllah.
     
    Apabila berbicara mengenai azam, pastinya semuanya mahukan hal yang menarik seperti memperoleh gaji besar, berjaya dalam pelajaran, naik pangkat, dan sebagainya. Namun, seringkali kita terlepas pandang akan azam yang kita tanamkan di dalam diri kita itu lebih menjurus ke arah keduniaan dan tidak untuk lebih menjurus ke arah memupuk keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

      Sepertimana yang dikatakan oleh Saidina Umar r.a :

         " Celaka lah bagi orang muslim yang hari ini lebih buruk dari semalam "

    Hal yang disebutkan di atas juga dapat menjadi dasar kenapa dan mengapa kita perlu memasang azam agar segala tindakan kita pada hari ini dan hari akan datang akan menjadi lebih baik. InsyaAllah.
     Dalam surah Ali Imran, ayat 159 ada menyatakan bahawa :
   " MAKA APABILA KAMU BERAZAM, MAKA BERTAWAKKAL LAH KAMU KEPADA ALLAH S.W.T, SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T MENGASIHI ORANG-ORANG YANG BERTAWAKKAL KEPADA-NYA "

  Semoga potongan ayat di atas dapat menjadi pedoman dan pegangan kepada kita agar setiap apa yang kita idamkan dan hajatkan sentiasa berlandaskan syariat dan hanyalah bergantung harap kepada Allah s.w.t sahaja, kerana hanya Allah s.w.t sahajalah yang dapat membantu kita dalam melaksanakan segala perkara di atas muka bumi ini.
   Akhirnya, semoga tahun baru 2012 masihi ini dapat menjadi kan kita insan yang lebih berjaya dan dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t di samping dapat meningkatkan keimanan kepada-Nya. Wallahu a'lam
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1x4DfNkvE

Friday, December 30, 2011

Doa Akhir Tahun


  Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog ini di luar sana. Hari ini adalah hari terakhir kita berada di tahun 2011. Semoga segala azam dan cita-cita yang yang ingin dikecapi pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan jayanya.
   Ingin saya kongsikan di sini doa akhir tahun yang dapat kita baca agar memperoleh keberkatan dari-Nya. InsyaAllah.
       
           


Doa Akhir Tahun
 Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
 Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam.

ertinya:
       
      Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.

       Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya. 

     Akhirnya, semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. InsyaAllah

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1x4DfNkvE

Thursday, December 29, 2011

PEMUDA

   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepda pembaca blog ini. Hari ini kita akan berbicara mengenai PEMUDA. Sememangnya Pemuda merupakan aset yang amat berharga kepada sesebuah negara. Oleh yang demikian, sekiranya anda merupakan seorang PEMUDA, pastikan diri anda juga berharga kepada orang disekililing anda.
 
  Perkara berkaitan PEMUDA yang ingin saya kongsikan ini adalah berkaitan apa yang telah saya perolehi semasa menghadiri satu sesi kuliah subuh di sebuah masjid.


   Sebagaimana yang digambarkan di dalam Surah Kahfi iaitu:

     " PEMUDA GUA MEMPUNYAI SATU KEISTIMEWAAN YAKNI MEMPERTAHANKAN KEBENARAN  YANG KELUAR DARI BERTUHANKAN MAHKLUK KEPADA BERTUHANKAN ALLAH S.W.T "

   Dan sebagaimana juga keistimewaan golongan pemuda yang disebutkan di dalam hadis Rasulullah S.A.W yakni :

       " AKU LEBIH SUKAI PEMUDA KERANA MEREKA ADALAH GOLONGAN YANG LEBIH MENGIKUTI AGAMAKU BERBANDING GOLONGAN DEWASA '

  Sememangnya amat jelas betapa sebenarnya seorang pemuda itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan adalah menjadi tanggunjawab kepada mereka untuk memanfaatkan keistimewaan itu.


   Sekiranya kita melihat akan sejarah Kota Konstantinopel yang juga di kuasai oleh seorang pemuda iaitu Sultan Muhammad Al Fateh yang mampu memimpin kota tersebut walaupun hanya dalam seusia setahun jagung setampuk pinang.


    Kota Palestin contohnya, pernah ditawan suatu ketika dahulu oleh orang yang hebat iaitu Saidina Umar yang telah memasuki Kota Palestin tanpa setitis darah sekalipun.

      Selain itu, Salahuddin Al Ayubi juga membuka semula Kota Palestin setelah di tawan oleh Yahudi.

     Sesungguhnya, sebagai pemuda, sentiasalah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t...

     ASSALAMUALAIKUM !


Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1x4DfNkvE

THINK BIG AND MAKE IT HAPPEEN !


  Asslamualaikum and a very good morning to all my blog readers out there. I think if I not mistaken, this is my first entry that I write in English languange. I doesn't care too much if there's a lot of gramatical error in this but I just take as this is one of the way for me to enhance my English communication and writing skill.

   Back to our topic just now " THINK BIG AND MAKE IT HAPPEN ! ". It just like a something that hard to imagine as most of the people out there doesn't like too much to think big as they afraid it gonna make them crazy one day in the future to think on what that they are thinking about.

   Readers, what kind of life do you want to live? What kind of person do you want to become in the future? Do you want to be among the to 10% of the person who achieve great success in their lives , or the 90% who lead ordinary lives?

   If you are contented just living an ordinary life, then stop reading now !

   However, if you want to achieve great things such as getting into a top university, becoming a winner in sports, leading a great company, becoming very rich, driving a beautiful car, being a role model and making a difference in other people's lives, then that terrific !

   I'm here to tell you that you CAN achieve all these great things. If all the most successful person outhere can do it, so can you. BUT all these achievements will NOT happen by chance!

   Bill Gates, Tiger Woods, David Beckham, Donal Triump, Warren Buffett , Richard Branson, Arnold Schawarzenegger and Barrack Obama did not get to where by accident. It was not luck. They didn't do the samae things that all their friends did, and woke up one day suddenly being super-successful.


    They all became who they are today because they all had ONE THING in common: they dared to THINK BIG and set BIG GOALS at an early age.

   you need to remember this words :
         "  THE  MOST SUCCESSFUL PEOPLE IN THE WORLD STARTED BY SETTING BIG GOALS......SHOULDN'T YOU ? "
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1x4DfNkvE