Tuesday, February 14, 2012

TEMPAT-TEMPAT TIDAK DIGALAKKAN SEMBAHYANG !

   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.

       Dalam entri kali ini saya akan membicarakan hal mengenai tempat-tempat yang tidak digalakkan menunaikan solat. Antara tempat tersebut ialah :

  1. Tempat pembuangan najis, tempat pembuangan sampah.
  2. Tempat penyembelihan binatang bagi mengelakkan najis dan percikan darah haiwan yang disembelih
  3. Kawasan tanah perkuburan. Hal ini bagi mengelakkan kita bersembahyang seolah-olah menghadap ke arah kubur.
  4. Di tengah-tengah jalan raya. Hal ini bagi hati orang yang sedang melakukan ibadah akan sentiasa risau atau sibuk akan orang yang sedang lalu lalang dan kenderaan.
  5. Bilik air atau tandas kerana tempat ini merupakan tempat penyembunyian syaitan
  6. Tempat perteduhan binatang kerana tempat ini akan dicemari bau dan najis binatang.
  7. Di atas ka'bah,tetapi solat di dalam ka'bah boleh dan apabila kita bersolat di dalam ka'bah, kita hanya menghadap ke mana-mana arah sahaja.
Sekian. Wassalam...
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1x4DfNkvE