Tuesday, February 14, 2012

JANGAN KAMU BERSIKAP SOMBONG !

   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog mbransailudin.blogspot.com. Sudah lama kiranya saya tidak menulis apa-apa untuk santapan pembaca sekalian. Baiklah, terus kepada topik yang akan saya bicarakan pada hari ini iaitu sikap "SOMBONG". Seringkali kita tidak menyedari bahawa di dalam diri kita ini terdapat rasa sombong terhadap apa yang ada dipersekitaran kita. Kita hanya sibuk mengata dan mencaci sikap sombong yang terdapat pada orang lain. Namun, rasa sombong itu sebernarnya lebih besar ada di dalam diri kita. Astagfirullah al azim.



        Sifat sombong atau takabbur boleh dibahagikan kepada dua bahagian;
  1. Takabbur Zahir dan;
  2. Takabbur Batin.

       Takabbur atau sombong zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam menghina orang yang dianggap level-nya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan releven sepanjang masa, serta tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat yang baik. 
     
 Imam Al Ghazali berkata di dalam kitab Ihya'-nya,berkata:
 "Orang yang takabbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya (tidak beradab) keras dan kasar".
    
     Takabbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya. Oleh kerana itu, sifat mazmumah ini adalah sifat yang paling bahaya jika ia dimiliki oleh manusia, kerana sifat ini merupakan sifat warisan Iblis yang akhirnya menempah neraka buat selama-lamanya. 
       Berikut saya sertakan dalil yang berkaitan dengan sikap sombong atau takkabbur :

  1. “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. “ (QS. Luqman:18)
  2. “Wahai manusia kalian semua fakir sangat membutuhkan Allah sedangkan Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (al-Fathir: 15)
  3. “Turunlah engkau dari surga karena tidak pantas engkau berlaku sombong di dalamnya. Keluarlah! Sesungguhnya engkau termasuk orang yang hina.”(QS.al-A’raf: 13)
  4. Kesombongan Qorun: “Harta ini aku dapatkan karena ilmuku.”(QS.al-Qashash: 78)
  5. ” Kebesaran adalah pakaian-Nya dan kesombongan adalah selendang-Nya. (Allah Ta’ala berfirman): Barang siapa menyaingi Aku pada keduanya pasti Aku azab ia.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah ra)
  6. “Tidak masuk surga orang yang di dalam hatinya ada kesombongan meski sebutir atom.” (HR. Muslim dari Abdullah bin Mas’ud ra)
  7. Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw,” Seseorang itu tentu senang kalau pakaiannya bagus dan sandalnya pun indah. Apakah itu sombong?” Beliau saw menjawab pertanyaan tersebut dan menerangkan hakikat sombong,” Allah itu Maha Indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran (bathru al-Haq) dan merendahkan orang lain (ghamtu al-Nâs).
    “Maha suci Dia pemilik keperkasaan, kekuasaan, kebesaran dan keagungan.” (HR.Abu Dawud dari ‘Auf bin Malik al-Asyja’i ra)
  8. Dari Haritsah bin Wahb ra berkata: “Saya mendengar Nabi Muhammad saw bersabda, “Maukah kamu sekalian aku beritahu tentang ahli neraka? Yaitu setiap orang yang kejam, rakus, dan sombong.” (HR. Bukhari dan Muslim)
  9. Dari Abu Hurairah ra bahwasannya Nabi Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya pada hari kiamat nanti Allah tidak akan melihat orang yang menurunkan kainnya di bawah mata kaki karena sombong.” (HR Bukhari dan Muslim)
  10. Dari Abu Hurairah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: “Ada tiga kelompok orang yang nanti pada hari kiamat Allh tidak akan berbicara dengan mereka, Allah tidak akan membersihkan (mengampuni dosa) mereka, dan Allah tidak akan memandang mereka, serta mereka akan disiksa dengan siksaan yang pedih, yaitu: orang tua yang berzina, raja (penguasa) yang suka bohong, dan orang miskin yang sombong.” (HR. Muslim)


      Namun, terdapat satu jenis sombong yang sangat merbahaya sekiranya terdapat di dalam diri kita  iaitu apabila kita " SOMBONG DENGAN ALLAH S.W.T " yang merupakan pencipta dan pemberi nikmat kepada sekalian alam. Dalam keadaan sedar atau tidak, kita sebenarnya telah sombong dengan Allah s.w.t. Tidak mahu menunaikan solat 5 waktu, tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakan-Nya, mempertikai kekuasaan-Nya, tidak mengikuti segala perintah dan larangan Allah s.w.t merupakan contoh yang menunjukkan bahawa kita sebenarnya sombong terhadap Allah yang Maha Esa. Mudah-mudahan kita terhindar daripada segala sikap tersebut.

      Jangan risau wahai pembaca sekalian, sesungguhnya segala masalah yang berlaku itu sebenarnya boleh diperbetulkan. Begitulah juga halnya dengan sikap yang kian membelenggu kita iaitu sikap "SOMBONG".

       Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya. Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.


     Semoga perkongsian pada kali ini dapat mendatangkan manfaat kepada kita semua. Wassalam.
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1x4DfNkvE