Wednesday, June 6, 2012

JOM BACA HADIS !!!

"SYARAT MASUK SYURGA"


   Diriwayatkan oleh Abi Abdullah Jabir bin Abdullah al-Ansari r.a., bahawa seorang bertanya kepada Rasulullah SAW katanya :

Maksudnya: " BAGAIMANA PENDAPATMU JIKA SAYA MELAKUKAN SOLAT FARDHU, BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN, MENGHALALKAN YANG HALAL, DAN MENGHARAMKAN YANG HARAM, SERTA TIDAK MENAMBAHKAN SELAIN PUN, ADAKAH SAYA MASUK SYURGA?" NABI SAW MENJAWAB: " YA ! "

(Riwayat Ahmad dan Muslim, no. 15)

HURAIAN DAN INTI SARI HADIS
 
  Makna "mengharamkan yang haram" adalah menjauhinya."

Makna "menghalalkan yang halal" adalah "melaksanakan dengan penuh keyakinan akan kehalalannya."

Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW ini bernama Nukman bin Qauqal.

  Pengarang kitab al-Mufhim mengatakan secara umum bahawa Nabi SAW tidak mengatakan dalam hadis ini sesuatu yang bersifat tathawwu' (sunah).

Hal ini menunjukkan bahawa secara umum boleh meninggalkan yang sunah.

   Orang Islam hendaklah bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran asas agama Islam seperti solat, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Melakukan yang sunat akan menambahkan kesempurnaan Islam dan menghampiri diri dengan Allah.


TIGA KATEGORI ORANG YANG MENINGGALKAN SUNAH.

  1. Orang yang meninggalkan sunah dan tidak mahu melakukannya walau sedikit pun. Maka dia tidak memperoleh keuntungan yang besar dan pahala yang banyak.
  2. Orang yang terus menerus meninggalkan hal-hal yang sunah. Maka dia telah berkurang agamanya dan berkurang pula nilai kesungguhannya dalam beragama. 
  3. Orang yang meniggalkan yang sunah kerana sikap meremehkannya. Maka dia merupakan orang yang fasiq dan patut dicela.
  
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1x4DfNkvE